This is EYQA. You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i call My Superman kill you! xD Skin by Ayien Cute favicon by Babydoll Blog owner: TyqahhHaha
| C-I-N-T-A
Thursday, November 24, 2011 | Thursday, November 24, 2011 | 0 comments
Hanya satu perkataan lima huruf C-I-N-T-A. Ciss. Aku nak jiwang sekejap ekk readers. Ni budak budak zaman sekarang tahun 4 pun dah reti nak bercintan-cintun der. Cinta meka tu orang salu cakap CINTA MONYET. Why leh wujud nama cinta monyet hah? Kenapa tak letak binatang lain untuk dijadikan simbolik? Kenapa mesti monyet yang pelik bunyinya jugak yang kau letak jang? Pelik bin ajaib lah wak xD Semua org pernah bercinta right? Same goes to me. Ngehehe. Bagi aku, cinta adalah gurauan dalam kehidupan. Kadang-kadang buat aku ketawa, kadang-kadang buat aku terasa & gurauan yang buat aku terasa memahami macam-macam emosi. Kalau yang mencantikkan lukisan adalah warna, maka yang mencantikkan kehidupan adalah cinta. TAPI cinta ni macam H-A-N-T-U. Semua orang percaya tapi tak semua orang yang akan jumpa. Hihi :D Dalam Islam, cinta tu anugerah terindah dari Allah. Manusia selalu cakap yang cinta ni senang dicari. Tetapi cinta sejati susah sangat dicari. Betul ekk? Entahlah. Aku ni masih underage tak matang sangat pasal cintan-cintun ni. #aku main hantam je bab cinta ni hihi ^^ Cinta sejati mungkin berada disekeliling kita. Kita hanya perlu tenang dan bersabar menunggunya. Orang selalu cakap kalau ada jodoh tak ke mana pun cinta tu kan? :') So kalau dalam percintaan tu, cinta tu takkan bersalah kalau korang break :/ Tapi manusia ni asal lepas break je, mesti ada orang bunuh diri yoo. Jangan tak tau pulak. Sebab gara gara frust bercinta. Tak kurangnya juga ada yang menangis, makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena &&& asyik murung je dalam bilik. Err, hujan turun kerana awan tidak lagi tahan dengan berat kandungannya. Begitu juga dengan air mata, jatuh kerana hati tidak lagi tahan dengan kesakitan yang amat dalam. Hebat tak penangan bercinta? Cuba korang perhatikan pasangan kat luar sana. Kalau dah break tu, sure bin confirm bin confident mereka akan EMO semacam kan? Tapi kalau pasangan tu pandai jaga percintaan dorang, insya-Allah mesti sampai kat jinjang pelamin. Dapat baby yang cute cute. Happy-ever-after. Aww so sweet ♥ GUYS! Aku nak bagi nasihat jap ^^ Jangan menangis kerana dia meninggalkan korang tapi just S-M-I-L-E sebab dia telah membuka peluang untuk korang mencari someone yang lebih baik. So, jangan sedih jika korang masih single sebab Allah dah tuliskan jodoh yang terbaik buat korang. Hanya perlu tunggu saat itu datang sahaja ♥ INGAT! :D Alamakkk! Jiwang habis aku harini. Rasa-rasa boleh jadi doktor cinta tak ekk? Hihi #perasan tahap beruk lah aku ni >.< Okaylah, sampai sini sahaja entry tentang SATU perkataan LIMA huruf ni. Assalamualaikum :) |